Friday, March 2, 2007

Blog dajal: Papar 300 nombor bimbit

Apa kejadahnyer ni...



KUALA LUMPUR: Angkara satu blog dajal, rumah tangga seorang lelaki hampir retak apabila disangka main kayu tiga, manakala seorang wanita dicurigai suami selepas telefon bimbitnya tidak henti-henti menerima panggilan dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) menagih khidmat seks.

Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta pula mengalami tekanan perasaan dan hanya mampu menangis setiap hari apabila dirinya dianggap perempuan murahan.

Ketiga-tiga mereka mengalami musibah itu apabila nombor telefon masing-masing tertera di dalam blog dajal berkenaan di bawah satu senarai panjang bertajuk ‘awek-awek terpakai’ yang membawa maksud wanita penyedia khidmat seks.

Blog yang mengkhusus kepada bahan lucah itu menyenaraikan kira-kira 300 nombor telefon bimbit berserta nama pemiliknya, sekali gus mendorong pengunjungnya berlumba-lumba mencari peluang menghubungi nombor telefon tertera dengan tujuan inginkan khidmat seks.

Metro Ahad yang berjaya mengesan blog itu menyiasat kesahihan nombor telefon yang disenaraikan, tetapi hasilnya tidak seperti diuar-uarkan pemilik blog.

Kebanyakannya tiada dalam perkhidmatan dan sebahagian yang berjaya dihubungi, termasuk tiga individu terbabit, mengakui mereka menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

Malah, mereka hanya mengetahui nombor telefon mereka tersenarai di dalam blog itu selepas diberitahu Metro Ahad.

Suami yang mahu dikenali sebagai Hamzah, 35, berkata dia menerima panggilan dan SMS berbaur lucah, malah secara terang-terangan menawarkan habuan seks sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pada bulan pertama, dalam sehari dia menerima tidak kurang 20 panggilan telefon dan 30 SMS pada setiap masa, termasuk ketika tidur.

“Ketika itu memang saya bingung dan kadangkala ‘naik angin’ apabila telefon bimbit saya asyik berbunyi dengan nada panggilan masuk dan SMS.

“Lebih membuatkan saya geram, apabila mendengar suara saya, pemanggil meletakkan telefon. Bagaimanapun, satu ketika saya membalas SMS yang diterima daripada seorang lelaki yang mengajak saya melakukan hubungan seks, baru saya tahu semua yang menghubungi saya menyangka saya wanita,” katanya.

Hamzah berkata, dia hairan mengapa nombor telefonnya disebar menggunakan nama seorang wanita yang kononnya ‘boleh dipakai’ kerana nombor digunakan adalah baru dan bukan terpakai.

“Gara-gara telefon asyik berdering dan SMS masuk bertalu-talu, isteri saya mula syak sesuatu. Lebih menyukarkan keadaan, ketika saya menunjukkan SMS yang diterima, isteri mula menyangka yang bukan-bukan sehingga mengesyaki saya menjalin hubungan sulit.

“Akibatnya, saya terpaksa memberi penjelasan berulang kali bahawa saya tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita lain kerana nombor telefon saya disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Mujur dia (isteri) faham,” katanya.

Hamzah berkata, sehingga kini dia masih diganggu panggilan dan SMS berbaur lucah, tetapi mengakui mampu berdepan masalah itu.

“Saya tidak mahu menukar nombor telefon kerana sudah lama menggunakannya. Jika menukarnya, ia pasti menimbulkan pelbagai kesulitan kepada saya kelak.

“Biarlah mereka yang ‘kemaruk seks’ itu hubungi saya. Biar mereka tahu orang yang mereka hubungi bukan wanita, tetapi lelaki,” katanya.

Seorang isteri yang mahu dikenali sebagai Ira, 30, pula berkata seumur hidup dia tidak pernah menerima panggilan dan SMS berbaur lucah, tetapi tiga bulan lalu pelbagai nada suara dan ‘ayat melampau’ diterimanya.

Katanya, sampai satu tahap suaminya turut tertekan sehingga dia terpaksa memberi penjelasan.

“Suami mana dapat bersabar jika setiap hari isterinya menerima panggilan telefon dan SMS daripada orang tidak dikenali. Jika tanya khabar mungkin boleh diterima, tetapi semuanya mahu habuan seks!

“Mujur suami menerima penjelasan saya dan sedar saya sebenarnya teraniaya,” katanya.

Ira berkata, sehingga kini dia masih menerima panggilan dan SMS berkenaan, tetapi mengakui sudah lali dan mengambil sikap ‘buat tidak tahu’.

Sementara itu, pelajar dikenali sebagai Shila, 23, berkata dia hanya mampu menangis setiap kali memikirkan situasi yang dihadapinya.

Katanya, hidupnya benar-benar terganggu apabila kerap menerima panggilan telefon dan SMS yang mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Saya bukan jenis yang suka bersosial dan hanya memberi nombor telefon kepada orang dipercayai.

“Justeru, saya hairan bagaimana nombor telefon saya boleh tersebar dan lebih menyedihkan, saya dianggap ‘perempuan murahan’,” katanya

Ricky Wan Says....
Pening kepala rick pg td, sebaik saja membaca muka depan metro hari ini, memang menyedihkan kepada org2 yg x bertanggungjawab, menyebarkan nombor2 org kepada seluruh pelusuk dunia,hingga menyebabkan org yg x terlibat menerima padah nyer...
kita berblog, hanya ingin merapatkan hubungan antara org luar dgn diri kita, tapi ini sebalik nya.....

No comments: